BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 28 April 2011

MEMORY IN BEIJING


Kenangan dibulan November 2005

Setelah seharian berusaha mendapatkan hotel untuk percutian di Saigon City, tiba-tiba aku rindu akan great wall. Mungkin kerana aku tak sempat mendaki hingga kepuncak tertinggi. Walaupun berjaya hingga check point yang ke2, tapi aku masih belum puas. Entah bila aku akan kesini lagi. Hampir 6 tahun telah berlalu, mungkin telah banyak perubahan.

Mendaki dengan cuaca sejuk membeku, baju tebal dan berat, membuatkan kami tercungap-cungap, belum lagi saluran pernafasan hampir tersekat.. kesian ada takut pun ada pabila melihat "mat salleh" yang jatuh pengsan dipuncak. Macama nak mengusung beliau turun kalau masih tidak sedarkan diri.. Dah dekat 6 tahun  tapi aku masih ingat wajah "mat salleh" tu.



Kalau kami yang pitam mungkin orang tak kenal.. ha ha ha masing-masing berpakaian ala 'mafia' 'mask of zoro'. Masa ni dah tak malu dan tak terpikir untuk bergaya. Susahnya nak bernafas hanya Tuhan yang tahu.. hingus dan kahak berdarah, belum lagi mulut rasa nak koyak bila bercakap. Perancangan nak melalui musim bunga bertukar menjadi mimpi ngeri kerana Beijing still end of winter. Nasib baik baju winter amat murah dikota Beijing, jika tidak ada yang mati kesejukan agaknya. Sesetengah tempat salji masih belum cair, tasik-tasik juga masih membeku.



Rasanya mungin aku akan kesini lagi, aasia pun dah ada menawarkan perjalanan ke Tianjin... apa salahnya jika sudah berkeinginan... masalahnya 'poket' yang belum mengizinkan...



Kali ini puncak great wall pasti akan kutawan. Harap-harap aku cepat bergelar jutawan agar boleh ku bawa saudara dan rakan taulan.. ameen.

TEMAN YANG SEJATI TERPAHAT DIHATI ~ TEMAN TAPI MESRA

”TEMAN YANG SEJATI TERPAHAT DIHATI ~ TEMAN TAPI MESRA


Setiap tahun datang silih berganti, 2011 menjelma sudah, kini aku dan kawan-kawan dengan bangganya memegang ”kunchi Merdz 4 series”. Sememangnya diusia Merdz 4s ni kita akan melalui frasa perubahan dalam hidup, perubahan esmosi dan perubahan dalam berkasih sayang. Kata orang cinta kita pada seseorang semakim mendalam bila kita mencecah usia MIDI, terutamanya cinta pada seorang yang bergelar teman sejati.

Hari ini emosiku terganggu lagi, ISNIN yang sepatutnya ”senyum seindah suria” dah tak bermakna, ha ha ha kenapalah aku boleh tercuci memory card dan pendrive didalam washing machine malam tadi!. Hari ISNIN juga aku selalu jadi pelupa untuk membawa ”key dan eccess card” tetapi hari ISNIN juga, kebiasaanya aku banyak idea yang nak dikongsi cerita. Kadang-kadang aku boleh tersenyum sendirian dengan idea-idea aku. Jangan tak tahu hari ISNIN juga aku boleh berkerja macam orang gila... sampai masa, rasa nak terjun bangunan pun ada!

Hari ini aku mula menulis lagi, walaupun semua file telah terpadam didalam ”washing machine” tapi memory aku dekat teman-teman masih berfungsi macam biasa. Aku nak berkongi rasa bersama kawan-kawan diluar sana terutamanya kawan yang ku gelar “teman tapi mesra” atau ”teman sehati sejiwa”, aku nak mendidikasikan perasaan aku pada korang semua. Sungguh aku tak duga, aku masih mempunyai teman setia walau telah lama tidak bersua. Kiriman gambar lama dari seorang teman telah menyedarkan aku, aku masih punya ”korang”. Teman yang boleh berkongi rasa suka dan duka, teman yang boleh membongkar rahsia lipatan lama.

Kisah yang saya ingin kongi bersama pembaca ialah pengalaman zaman remaja era 80-an. Kami bersekolah disebuah sekolah kampung yang berhampiran dengan pekan yang dahulunya hanya sebuah pekan kecil (Pekan Sungai Besar). Penghujung era 80-an, masih belum banyak kemudahan moden, kami masih tidak didedahkan dengan kamudahan IT dan gadget-gadget yang moden, Jangankan computer, nak pegang mesen taip pun susah, apatah lagi handphone seperti pelajar-pelajar masa kini, rata-rata telah ada telephone bimbit sendiri. Jika diikutkan, dahulu kami bukanlah pelajar yang tersenarai dari pelajar yang paling cemerlang apatah lagi menjadi pelajar ”favorite”. Tapi alhamdulillah kami berjaya melanjutkan pelajaran dan berkerjaya dalam bidang masing-masing. Ramai diantara kami yang telah memegang segulung ijazah.

Dahulu kami kesekolah hanya menggunakan basikal atau bas awam atau lebih popular dengan panggilan ”bas turun naik”. Oleh kerana hendak menjimatkan masa dan tenaga, kami lebih suka ”melepak” di kawasan sekolah sambil mengulangkaji pelajaran. Duduk berjam-jam ditepi padang sekolah sementara menanti cuaca redup menjelma, maalumlah zaman dulu mana ada facial muka, berjeragat dan berkilat muka masing-masing dijelajah oleh suria matahari. Sementara menunggu redup petang, kami menyembang, sambil buat kerja sekolah yang diberikan guru, itu sebab tiada istilah kerja sekolah tak siap dalam kamus hidup kami. Wang poket yang diberi oleh ibubapa hanya cukup-cukup makan waktu rehat persekolahan dikantin, paling extra pun boleh beli ”Aiskrim Malaysia” jadi kami tiada mood nak merayau tak tentu hala dipekan berhampiran untuk berpeleseran. Tidak seperti anak-anak remaja masa kini yang jadualnya dipenuhi FaceBook, Cyber Cafe dan tengok movie apatah lagi dah ada 3Ds, kesekolah pun ada sesetengahnya punya driver peribadi. Faktor ini menyebabkan anak-anak tidak boleh berdikari sendiri, ditambah pula wang poket melebihi keperluan diri. Bak kata Nabil ”Lu Pikirlah sendiri”.

Kami dahulu tidak terlalu dikongkong atau terlalu dipantau oleh ibu bapa, mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru dalam mendidik. Tiada istilah serang guru atau guna media untuk melepaskan kemarahan. Paling-paling kami akan dirotan kembali jika mengadu ada guru merotan kami, dari elok kena satu ”das”, menjadi ”berdas-das” hadiah dari ayah pula. Kami dahulu memang takut nak melanggar disiplin sekolah apatah lagi melawan guru-guru, jelingan mata guru dah cukup untuk mendisiplinkan kami. Motto kami ”Guru Bukan Ditakuti, tetapi Guru Perlu Dihormati”.

Kenangan yang paling tak dapat dilupakan ialah, semalam kami bergurau senda bersama teman-teman seperjuangan, riuh randah bercerita sambil ketawa, bertolak-tolak sambil makan bersama, namum keesokan harinya salah seorang sahabat kami telah menyahut panggilan Ilahi, beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya, kepada beliau kami panjatkan doa agar roh beliau tergolong kedalam golongan orang-orang yang beriman dan Surga Jannah tempatnya. Begitu juga kami panjatkan doa buat semua guru-guru dan rakan-rakan yang telah tiada.

Kepada teman-teman yang jauh diperantauan, asal usul jangan dilupakan. Doa kami sentiasa mengiringi anda setiap masa. Untuk teman-teman yang masih disini, moga ukhwah kita terus terjalin hingga kepenghujung usia. Sesekali menjengah kedai mapley bersama apa salahnya.


Love you all.
Zack Ashaari – SSB 87/88





Monday 25 April 2011

KALI PERTAMA

Entah kenapa malam ini aku begitu teringin untuk berblogsport macam orang lain.
Mungkin kerana dah jemu FBing atau mungin aku tak tahu nak buat apa dah.
Mungkin kerana hari ini article aku kena potong berjela2 dari editor.. maklumlah aku bukan 'writer yang bertauliah'... nak tahu apa aku tulis, sila baca sampai habis ya

Assalamualaikum wbk.

Waktu berlari dengan pantas, detik jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus berputar tanpa henti, kadang kadang kita tak sedar pun yang umur kita berganjak setiap tahun. Pejam! Celik! Pejam! Celik! Semalam aku dengan rasminya menjadi ahli seumur hidup group warga midi, samada aku nak sambut atau tolak, aku tahu, aku dah tak ada pilihan lain, kena terima kenyataan walau hati mengatakan ”TIDAAAKKKK!”.

~ To ALL who sent me your birthday wishes via sms, mail, email, fb & ecard ~
You are so sweet to remember my big day!
I was trying to forget it but when your wish arrived,
I was actually glad it really was my birthday.
My birthday wouldn't have been the same without all of you.
I am not a millionaire but I am so LUCKY to have you as wonderful friends
You always so much fun! I am so blesses to have you all
Without you my dearest friends, I cannot comprehend
All of you always been there for me (laugh & cry), may our friendship and love never end.
May God continue to bless us life and give us the desires of our heart.
~ my love to you all ~

Sesetengah perempuan takut bila usia mencecah 40-an, sama takutnya bila nak menempuh prasa menopaus. Walaupun kita tahu ia bukan satu penyakit, tapi menopaus juga merupakan satu frasa dalam kehidupan wanita yang mesti dihadapi bila sampai saatnya pada masa akan datang, sama ada kita mahu atau tidak menerimanya, ia tetap akan menghampiri kita. Oleh kerana kita terlalu banyak mendengar perkara-perkara yang negatif tentang kehidupan wanita selepas menopaus sama seperti kehidupan wanita selepas usia 40-an menyebabkan kita menjadi takut untuk menempuhnya, kadang-kadang boleh ‘masuk wad’ kerana terlalu stress. Prinsip aku sangat mudah, yang bertambah hanyalah angka usia, selainnya, aku masih seperti biasa tiada perubahan. Aku tak putus-putus berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan di kurniakan kesihatan yang cemerlang serta dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang.

Kadang-kadang aku jadi fobia bila kawan-kawan selalu berfalsafah tentang usia 40-an, Ada yang kata usia permulaan, ikut kata orang putih ”life begins at 40”, ada yang kata usia ”kenikmatan hidup”, bahkan ada yang berkata ”tarikh luput kehidupan”, namun tak kurang juga ada yang kata usia 40-an usia mula jadi ”orang tua”. Bagi kaum lelaki, mereka selalu berfikir dan merasakan bahawa usia 40-an ialah usiadetik untuk berpesta” ~ ”life begins at 40”.

Kebetulan, semalam sewaktu didalam lift untuk kepejabat, kawanku terdengar perbualan 2 kumbang metropolitan ~ kata sang kumbang wanita usia midi  semakin tua, semakin berisi dan cantik, macam pokok getah yang tengah hangat dipasaran.. tidak seperti bunga mekar yang mahal,  nak ”maintain” nak jaga punyalah payah, penat ”maintain” senang-senang disambar atau dipetik orang lain, oleh itu kumbang yang semakin lemah nak terbang, kenalah ”maintain” untuk tingkatkan harga pasaran, agar bunga mekar terus bertahan didalam jambangan”..


nak tahu kisah selanjutnya.. tunggulah article aku ni keluar kat majalah ya..