BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 28 April 2011

TEMAN YANG SEJATI TERPAHAT DIHATI ~ TEMAN TAPI MESRA

”TEMAN YANG SEJATI TERPAHAT DIHATI ~ TEMAN TAPI MESRA


Setiap tahun datang silih berganti, 2011 menjelma sudah, kini aku dan kawan-kawan dengan bangganya memegang ”kunchi Merdz 4 series”. Sememangnya diusia Merdz 4s ni kita akan melalui frasa perubahan dalam hidup, perubahan esmosi dan perubahan dalam berkasih sayang. Kata orang cinta kita pada seseorang semakim mendalam bila kita mencecah usia MIDI, terutamanya cinta pada seorang yang bergelar teman sejati.

Hari ini emosiku terganggu lagi, ISNIN yang sepatutnya ”senyum seindah suria” dah tak bermakna, ha ha ha kenapalah aku boleh tercuci memory card dan pendrive didalam washing machine malam tadi!. Hari ISNIN juga aku selalu jadi pelupa untuk membawa ”key dan eccess card” tetapi hari ISNIN juga, kebiasaanya aku banyak idea yang nak dikongsi cerita. Kadang-kadang aku boleh tersenyum sendirian dengan idea-idea aku. Jangan tak tahu hari ISNIN juga aku boleh berkerja macam orang gila... sampai masa, rasa nak terjun bangunan pun ada!

Hari ini aku mula menulis lagi, walaupun semua file telah terpadam didalam ”washing machine” tapi memory aku dekat teman-teman masih berfungsi macam biasa. Aku nak berkongi rasa bersama kawan-kawan diluar sana terutamanya kawan yang ku gelar “teman tapi mesra” atau ”teman sehati sejiwa”, aku nak mendidikasikan perasaan aku pada korang semua. Sungguh aku tak duga, aku masih mempunyai teman setia walau telah lama tidak bersua. Kiriman gambar lama dari seorang teman telah menyedarkan aku, aku masih punya ”korang”. Teman yang boleh berkongi rasa suka dan duka, teman yang boleh membongkar rahsia lipatan lama.

Kisah yang saya ingin kongi bersama pembaca ialah pengalaman zaman remaja era 80-an. Kami bersekolah disebuah sekolah kampung yang berhampiran dengan pekan yang dahulunya hanya sebuah pekan kecil (Pekan Sungai Besar). Penghujung era 80-an, masih belum banyak kemudahan moden, kami masih tidak didedahkan dengan kamudahan IT dan gadget-gadget yang moden, Jangankan computer, nak pegang mesen taip pun susah, apatah lagi handphone seperti pelajar-pelajar masa kini, rata-rata telah ada telephone bimbit sendiri. Jika diikutkan, dahulu kami bukanlah pelajar yang tersenarai dari pelajar yang paling cemerlang apatah lagi menjadi pelajar ”favorite”. Tapi alhamdulillah kami berjaya melanjutkan pelajaran dan berkerjaya dalam bidang masing-masing. Ramai diantara kami yang telah memegang segulung ijazah.

Dahulu kami kesekolah hanya menggunakan basikal atau bas awam atau lebih popular dengan panggilan ”bas turun naik”. Oleh kerana hendak menjimatkan masa dan tenaga, kami lebih suka ”melepak” di kawasan sekolah sambil mengulangkaji pelajaran. Duduk berjam-jam ditepi padang sekolah sementara menanti cuaca redup menjelma, maalumlah zaman dulu mana ada facial muka, berjeragat dan berkilat muka masing-masing dijelajah oleh suria matahari. Sementara menunggu redup petang, kami menyembang, sambil buat kerja sekolah yang diberikan guru, itu sebab tiada istilah kerja sekolah tak siap dalam kamus hidup kami. Wang poket yang diberi oleh ibubapa hanya cukup-cukup makan waktu rehat persekolahan dikantin, paling extra pun boleh beli ”Aiskrim Malaysia” jadi kami tiada mood nak merayau tak tentu hala dipekan berhampiran untuk berpeleseran. Tidak seperti anak-anak remaja masa kini yang jadualnya dipenuhi FaceBook, Cyber Cafe dan tengok movie apatah lagi dah ada 3Ds, kesekolah pun ada sesetengahnya punya driver peribadi. Faktor ini menyebabkan anak-anak tidak boleh berdikari sendiri, ditambah pula wang poket melebihi keperluan diri. Bak kata Nabil ”Lu Pikirlah sendiri”.

Kami dahulu tidak terlalu dikongkong atau terlalu dipantau oleh ibu bapa, mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru dalam mendidik. Tiada istilah serang guru atau guna media untuk melepaskan kemarahan. Paling-paling kami akan dirotan kembali jika mengadu ada guru merotan kami, dari elok kena satu ”das”, menjadi ”berdas-das” hadiah dari ayah pula. Kami dahulu memang takut nak melanggar disiplin sekolah apatah lagi melawan guru-guru, jelingan mata guru dah cukup untuk mendisiplinkan kami. Motto kami ”Guru Bukan Ditakuti, tetapi Guru Perlu Dihormati”.

Kenangan yang paling tak dapat dilupakan ialah, semalam kami bergurau senda bersama teman-teman seperjuangan, riuh randah bercerita sambil ketawa, bertolak-tolak sambil makan bersama, namum keesokan harinya salah seorang sahabat kami telah menyahut panggilan Ilahi, beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya, kepada beliau kami panjatkan doa agar roh beliau tergolong kedalam golongan orang-orang yang beriman dan Surga Jannah tempatnya. Begitu juga kami panjatkan doa buat semua guru-guru dan rakan-rakan yang telah tiada.

Kepada teman-teman yang jauh diperantauan, asal usul jangan dilupakan. Doa kami sentiasa mengiringi anda setiap masa. Untuk teman-teman yang masih disini, moga ukhwah kita terus terjalin hingga kepenghujung usia. Sesekali menjengah kedai mapley bersama apa salahnya.


Love you all.
Zack Ashaari – SSB 87/88





0 comments: