Entah kenapa malam ini aku begitu teringin untuk berblogsport macam orang lain.
Mungkin kerana dah jemu FBing atau mungin aku tak tahu nak buat apa dah.
Mungkin kerana hari ini article aku kena potong berjela2 dari editor.. maklumlah aku bukan 'writer yang bertauliah'... nak tahu apa aku tulis, sila baca sampai habis ya
Assalamualaikum wbk.
Waktu berlari dengan pantas, detik jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus berputar tanpa henti, kadang kadang kita tak sedar pun yang umur kita berganjak setiap tahun. Pejam! Celik! Pejam! Celik! Semalam aku dengan rasminya menjadi ahli seumur hidup group warga midi, samada aku nak sambut atau tolak, aku tahu, aku dah tak ada pilihan lain, kena terima kenyataan walau hati mengatakan ”TIDAAAKKKK!”.
~ To ALL who sent me your birthday wishes via sms, mail, email, fb & ecard ~
You are so sweet to remember my big day!
I was trying to forget it but when your wish arrived,
I was actually glad it really was my birthday.
My birthday wouldn't have been the same without all of you.
I am not a millionaire but I am so LUCKY to have you as wonderful friends
You always so much fun! I am so blesses to have you all
Without you my dearest friends, I cannot comprehend
All of you always been there for me (laugh & cry), may our friendship and love never end.
May God continue to bless us life and give us the desires of our heart.
~ my love to you all ~
Sesetengah perempuan takut bila usia mencecah 40-an, sama takutnya bila nak menempuh prasa menopaus. Walaupun kita tahu ia bukan satu penyakit, tapi menopaus juga merupakan satu frasa dalam kehidupan wanita yang mesti dihadapi bila sampai saatnya pada masa akan datang, sama ada kita mahu atau tidak menerimanya, ia tetap akan menghampiri kita. Oleh kerana kita terlalu banyak mendengar perkara-perkara yang negatif tentang kehidupan wanita selepas menopaus sama seperti kehidupan wanita selepas usia 40-an menyebabkan kita menjadi takut untuk menempuhnya, kadang-kadang boleh ‘masuk wad’ kerana terlalu stress. Prinsip aku sangat mudah, yang bertambah hanyalah angka usia, selainnya, aku masih seperti biasa tiada perubahan. Aku tak putus-putus berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan di kurniakan kesihatan yang cemerlang serta dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang.
Kadang-kadang aku jadi fobia bila kawan-kawan selalu berfalsafah tentang usia 40-an, Ada yang kata usia permulaan, ikut kata orang putih ”life begins at 40”, ada yang kata usia ”kenikmatan hidup”, bahkan ada yang berkata ”tarikh luput kehidupan”, namun tak kurang juga ada yang kata usia 40-an usia mula jadi ”orang tua”. Bagi kaum lelaki, mereka selalu berfikir dan merasakan bahawa usia 40-an ialah usia ”detik untuk berpesta” ~ ”life begins at 40”.
Kebetulan, semalam sewaktu didalam lift untuk kepejabat, kawanku terdengar perbualan 2 kumbang metropolitan ~ kata sang kumbang “wanita usia midi semakin tua, semakin berisi dan cantik, macam pokok getah yang tengah hangat dipasaran.. tidak seperti bunga mekar yang mahal, nak ”maintain” nak jaga punyalah payah, penat ”maintain” senang-senang disambar atau dipetik orang lain, oleh itu kumbang yang semakin lemah nak terbang, kenalah ”maintain” untuk tingkatkan harga pasaran, agar bunga mekar terus bertahan didalam jambangan”..
nak tahu kisah selanjutnya.. tunggulah article aku ni keluar kat majalah ya..
0 comments:
Post a Comment