BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 17 August 2011

shooting dibulan puasa

kat KPMC ni semalam ada beberapa orang artis buat shooting.. entah produksi mana aku tak sure.
Rasanya ada yang terjengah daffodil room ni.. buat terperanjat kami aja.

Korang rasa shooting kerja yang memenatkan tak, I mean kalau compare kerja kat ladang ker @ bersawah ker.
Dulu masa kakak aku cerita yang mereka ni menyediakan setong bekalan air sirap aku tak percaya (masa tu entah group mana shooting kat Hospital Sabak Bernam)..

Tapi hari ni aku mula mempercayainya.. bukan setakat air, order McD pun ada.. Subhanallah.. harap-harap mereka ni mendapat hidayah.. Rasanya tak semua tak puasa, hanya segelintir kut.. mungkin orang yang sakit kat hospital ni pun ada yang berpuasa.

Teringat cerita pengalaman seorang ustaz yang berkerja diJAWI dahulu... shooting suasana hari raya dibulan puasa.. mereka betul2 makan macam hari raya.... Wahai artis... syurga neraka itu tidak mengira kamu siapa, terkenal atau tidak.. bahkan aku pun kena mengingatkan diri aku juga... tak ada aku bangga dengan dunia artis sekarang ini... Sengal rasanya kalau kita terlalu memuja-muja mereka ni... nasib baik aku dari kecil sampai sekarang tak berapa minat artis-artis ni.. cuma pernah jatuh cinta dekat Anuar Zain aja masa aku muda-muda dulu ha ha ha.


18 Ogos 2011

Khamis, 5.50am


Lil baru habis sedut gas, aku pulak baru selesai letak kahak specimen dekat botol tu.
tapi geram betul.. masa buat tu ta nak pulak dia batuk2 ke apa.. dah cuci muka, berus gigi baru dia nak batuk-batuk dan keluarkan kahak dalam erti kata yang sebenarnya.

Tak boleh la pulak guna yang ini.. specimen yang diperlukan adalah kahak pertama yang kita bangun pagi selepas kita berpuasa semalaman.

Mata mengantuk, tapi malas nak tidur balik, hari ni aku bercadang nak masuk office sekejap.
1. Nak amik x-ray yang aku tinggalkan dekat office
2. Bberry aku yang terbaru aku tinggalkan dekat office jugak
3. Banyak kerja office yang harus aku beresken, terutamanya berkenaan dengan payment yang dah nak mati deadline nyer, silap2 dah mati pun.
4. Cuti pun dah elek, yang ada earn ngam-ngam tinggal nak apply untuk raya... kalu dihabiskan alamat aku tak raya lah.
6. etc etc etc..

Masuk hari ke4 ni macam rasa dah biasa aja duduk kat hospital ni, rasa malas pulak nak berkemas balik. Sama gak macam duduk kat hotel, makan minum semua disediakan, siap hantar kebilik lagi.. katil orang kemaskan, bezanya, badan kita dicucuk dengan jarum suntikan... tu aja.

Hospital ni tak lah sebesar KPJ yang bersebelahan aja tu, tapi aku memang suka kat sini sebab dia tak berapa besar, at least nurse-nurse dia pun selesa sebab tak jaga terlalu ramai patient, doktor pun baik sangat.
bukan setakat pagi, selepas subuh dah datang mengecheck... dapat la dia tengok muka kami bangun tidur ngan serabai kusut masai.


16 - 17 August 2011

Masuk hari ni dah 3 malam dah aku tido kat KPMC.. dari deman, elok dah nak demam balik rasanya.
Sakit tu kurang la sangat... busan tu yang tak tahan.. bosan tahap gaban.

History.
Isnin - 15 Ogos 2011
Secara tak sengja aku gee check kat klinik kita.. citer punya citer.. dush! dush! dush! aku kena marah ngan doctor prempuan tu.. "apasal tunggu sakit lama baru gee klinik" jawapan aku "malu" standard la kan kalay mengakibatkan anggota sensetif..

Aku disarankan buat x-ray.. alamak dari x-ray kompom paru-paru aku ada kuman.. patut sakit kat dada.. tekanan sikit sakit, nafas kuat sikit sakit..
aku diberikan ubat antibotik CEFLOUR untuk mengclearkan paru-paru..
dah 3 hari aku makan ubat ni.. tak ada kurang pun.

Malam 16 Ramadhan

malam rushing gee hospital, lil princess aku kena demam panas, menggigil satu badan ada rashes.
terus admit, takut kena denggi.. antara redho dengan tidak.. aku kena admit sekali.
duduk la aku dah DAFFODIL room ni.

Pagi 16 Ogos 2011.

Aku check untuk 2 opinion pasal lungs aku ni.
buat blood test.. ecg test.. since aku baru-baru ni baru melawat vietnam dengan bangkok
aku dirasankan buat saringan TB.. masuk ni dah 2 doktor cakap macam ni
adoiii ingatkan tak serious.. nak amik specimen kahak tiap pagi tu yang agak gelabah sikit tu

harap-harap keputusannya negatif.. sapa yang nak terima kenyataan dia kena TB.. kebetulan ada arwah wife kawan meninggal sebab sakit TB.
sib baik Dr Jacinta kata, sekarang ni dah moden banyak ubat dan penyakit TB boleh disembuhkan.
pikir balik.. penyakit TB juga adalah golongan yang mati khusnul khotimah.
frankly speaking aku masih tak sanggup menerimanya.
Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku dan ahli keluargaku serta seluruh kenalan dan guru-guruku termasuk adik beradiku.. kesihatan, terhindar dari penyakit yang berat...

berbalik pada princess gua.
panasnya naik balik, 39 temp.. hidung berdarah.. badan menggigil.
tapi alhamdulillah., lepas makan ubat, deman agak kebah.. aku pun mandikan dia tuk kurangkan tekanan panas badan.

Rabu - 17 Ogos 2011
Deman lil dah kebah, tapi dia kena semput la pulak.. kena pakai gas... haila.. cam ner nak request balik ni. Tengahari aku balik rumah sekejap, konon nak amik baju, tapi sampai rumah terus membuta, tak tahan mengantuk gila.. kat bilik wad mana boleh lena, kejap2 nurse masuk.. kasi ubat, amik tekanan.

oppsss sebut pasal mengantuk.. aku dah mengantuk ni..

sambung lain kali lah



Saturday 6 August 2011

Assalam.

Lamanya aku tak bukak apatah lagi menulis kat blog aku ni..

Pejam celik  hari ni dah 6 hari puasa..
rasa rendah diri sangat pada Tuhan..
amalan tak seberapa, tapi meminta padaNya sungguh tinggi..
Ya Allah ampunilah hambaMu ini
Berilah aku kekuatan untuk menjadi hambaMu yang terbaik dan diredhoi olehMu ya Allah.
Perkenankanlah segala doa-doaku Ya Allah.

Ampuni juga kedua orang tuaku yang telah tiada
Lindungilah mereka dari azab siksa kubur

Wednesday 18 May 2011

Syoknya cutiiii..

setelah 5 hari tak masuk office, berpeluh jantan ari ni nak mengadap computer.. dari jauh aku dah melihat timbunan bill-bill dan kertas entah apa atas meja aku.. makkkkkkkkkkkkkkk rasa nak mc ari ni
menyesal pulak datang terlalu awal... sah-sah selera untuk b'fast dah x ada, kalau tahu aku gee kantin dulu.

dah terlalu menimbun, sampai tak tahu nak usik @ nak buat yang mana dulu, finally aku bukak email.. mak aiiii beratus-ratus email yang harus dibaca.. mestilah aku select kawan-kawan comolot punya dulu..agak2 paham aja arahan, lelain aku terpaksa unread and delete kerana email jam.. nak moved to archive folder menda tak paedah plak. bukan opis nyer related must delete it... ngabihkan duit company jerk.

tiba-tiba boss datang dekat meja aku, suruh aku setelkan problem saman dia.. ha ha ha .. kalau korang nak tahu, aku memang ada kepakaran dalam bidang ni.. anugerah semulajadi, biasanya Alhamdulillah kalau tak waive, dapat discount boleh tahan gak.. tu sebab boss aku sayang aku.. iya ker boss!

colleague aku pulak... semua muka tension ari ni, moody semacam masing-masing, maalumlah baru lepas cuti PH, masuk kerja punyalah banyak paperwork, proposal dan letter officer diaorang nak siapkan, belum lagi termsheet, workflow dan entah apa yang bukan bidang aku... kadang-kadang aku kesian gak ngan officemate yang stress sampai tumbuh jerawat.. kena pulak No 1 tu meroyan dia datang.. haru biru kami semua.

minggu depan aku nak cuti panjang, mesti kecoh ketiadaan aku.. aku ni catagory superduper women gak kat office tu... aku tak ada susah gak diaorang yang tak pandai berdikari ni..
telinga aku dah lali dengar perkataan Ziah! Ziah! Ziah... yang best bila ada sorang tu kata aku garang.. halamak!.. garang ker aku... mulut aja garang tau.. hati mesti baik punya!.

aku dah siap warning.. bila aku away whole week next week tu jangan nak kol-kol aku... aku dah wat roaming... mencanak bill aku nanti... bill bukan bank nak bayarkan pun.. aku kadang-kadang hanggin gak.. tugas aku ni memerlukan mengSMS dan mereply SMS belum lagi in out call tuk satu opis tu.. tapi bill, aku yang bayar sendiri.. boss sedap la bill fully sponser... apa nak buat aku bukan boss.

BOSS ooooo BOSS.. bila la nak promote naikkan gaji lebihhhhhhhh for sure aku tak bising pasal bill empon aku ni dah...

lagi dua hari jer aju kena kerja, lepas tu aku cuti 9 hari.. mandatory leave, jenjalan carik pak we.. opps silap, jenjalan carik makan. tadi tukar RM4K to usd, dapat dalam USD1300.. cukup ke tuk seminggu perjalanan, duit hotel, transport, makan dah ole-ole dari seberang. Nak perabih punyalah senang, nak saving balik macam siput babi berjalan.. another 2 month nak joint member gee bangkok plak.. duit lagi keluar.

Tu rumah yang aku baru beli tu, nak kena renovate sikit-sikit.. dekat 3K gak terbang.. duit oh duit, segalanya memerlukan duit... ada duit orang sayang, tak da duit adinda melayang.. betui ke.. for me duit walaupun penting tapi ia bukan menjamin kebahagiaan...

Tuesday 10 May 2011

Monday Mood

Orang putih panggil Monday, orang melayu kata Isnin, orang Banjar kata Senayan, orang arab kata Isnaini, yang pasti semuanya membawa maksud yang sama, isnin adalah hari pertama calendar dalam setiap minggu manakala penghulu segala hari adalah hari Jumaat… hari yang paling baik bagi umat islam dan hari yang paling best untuk orang yang bekerja.. yeeyyyyyy.. lepas jumaat cuti weekend.

Isnin ~ bagi anak-anak kecil, ramai yang menangis kerana nak kena hantar ke nursery, budak-budak tadika gembira nak kesekolah hari ini, nak jumpa kawan-kawan, aku pula entah kenapa moody semacam dari pagi. Entah apa yang tak kena, sendiri punya diri pun tak tahu apasal la aku moody semacam hari ni

Mungkin penyakit sebulan sekali nak menghampiri atau dek kerana badan kepenataan, maalumlah weekend yang horror buat aku . Rumah yang aku baru beli dimasuki air, habis furniture yang aku letak kat rumah tu basah, malah ada yang kembang dan wajib kena buang. Tension semacam, kena mengeringkan dan mengemas rumah tu sorang-sorang. Rasa nak menjerit dan mencaruk-caruk dekat siDiER yang berjanji nak menolong, tapi janji tinggal janji, sampai kepetang batang hidung tak kelihatan.

Hari ni isnin bermula kembali, aku masuk office lambat lagi, dah la lambat, belum log-in dah ada orang memanggil-manggil namaaku, ha yo yo... sabar la dek nun, kasi akhak ni bukak computer dulu, semua memory ada dalam computer, otak akak ni tengah ’jam’ tak boleh nak berpikiran dengan baik, silap haribulan korang kena caruk dek akhak ni nanti. Lepas tu korang kata akhak ni garang!

Sarapan belum sempat lagi, perut pulak meragam, belum lagi central aircond yang tak function, masing-masing bising, macamlah aku yang tukang repair aircong tu, eeiiiiii tak tahu la kenapa dan mengapa, PC plak slow giler, bila complen, boss buat tak tahu aja, nak dapat ganti yang baru entah bila. Bila lambat siap, kata aku tak buat kerja..

Tiba-tiba email masuk dari teman sekerja, katanya penyimbah asid kembali bermahajaralela. Dekat pula dengan area-area kami berkerja, menakutkan kami jer. Siapalah yang empunya angkara, buat kerja macam orang giler. Orang ni tak ada belas kasihan pada orang yang berdosa, kalau betul dia ada bersengketa dengan kaum hawa, ingatlah, ibunya juga adalah golongan wanita. Apa perasaan anda kalau ibu dan saudara mara anda yang akan kena curah asid tu,

Aku tak kesah apa bangsa dia, tapi aku amat berharap dia akan tertangkap dalam masa terdekat ini, tak adalah kami rasa tertekan dan ketakutan bila nak keluar makan. 

Belum sempat aku nak mengupas issue ni, seorang sahabat mintak tolong editkan gambar kawan yang akan berpindah pejabat.. nak dijadikan ole2 untuk beliau...

Aku cuba la jugak buat, sometime menda-menda macam ni kena ikut mood jugak..

Here hasilnya... 



 Ni kawan aku, namanya Baini, InsyaAllah beliau akan berpindah pejabat bermula 16hb ni.. hilang seorang teman baik sepejabat.. 

Friday 6 May 2011

Semalam di Brunei

Impian Ingin mengunjungi Negara Brunei yang selalu digambarkan oleh teman-teman sebagai Negara Islam yang kaya dan aman makmur akhirnya termakbul apabila kenalan mengajak saya menemani beliau menziarah seorang sahabat yang bertugas Labuan baru-baru ini. Oleh kerana jarak antara Labuan dan Brunei yang tidak seberapa jauh, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat Negara Berunei sempena kunjungan kami kesana. Dengan bantuan beliau kami bertolak ke Brunei menggunakan perkhidmatan Ferry Muhibbah. Kami dikenakan RM35.00 untuk seorang untuk perjalanan sehala dari Labuan ke Brunei. Perjalanan ini mengambil masa selama lebih kurang 1 jam jika keadaan laut baik dan tidak bergelora. Kami tidah dibenarkan untuk mengambil tiket perjalanan dua hala, sebaliknya kami dikehendaki membeli tiket pulang diBrunei Ferry Terminal dengan menggunakan B$17.00.

 Ensemnya Sultan Brunei 

Keadaan ferry terminal yang tidak sesak dan pemandangan yang indah, kami sempat bersiar-siar dipersekitaran terminal dan mengambil gambar kenangan sementara menunggu waktu perjalanan. Krew-krew dan pekerja ferry yang amat peramah dan perihatin membuatkan perjalanan kami amat selesa dan terasa masa berlalu dengan pantas sehingga kami tidak sempat melelapkan mata sewaktu diatas ferry.

Kami tiba diBrunei Ferry Terminal lebih kurang pukul 10.00 pagi. Kami disambut oleh kakitangan Ferry Brunei dengan senyuman yang tidak lekang dibibir mereka. Salah seorang abang kenalan kami yang menetap diBrunei telah sedia menunggu diruang legar ketibaan untuk menghantar kami kehotel penginapan. Kami amat bersyukur kerana beliau sudi menawarkan perkhidmatan pengangkutan sepanjang lawatan kami disana memandangkan kemudahan perkhidmatan taxi awam amat terhad. Walaupun beliau berbangsa cina, tapi beliau amat baik hati dan peramah.

Kami  menginap di Palm Garden Hotel Brunei yang terletak lebih kurang ½ jam perjalanan dari Brunei Jetty Terminal. Hotel ini disarankan oleh Cik Lilian sahabat kami, segala urusan penempahan dilakukan oleh beliau. Alhamdulillah harganya juga amat berpatutan dan terdapat banyak kemudahan disana. Sepanjang perjalanan ke Palm Garden, kami disajikan dengan pemandangan yang indah-indah dan mengujakan, masih terdapat banyak tanah-tanah kosong menanti untuk pembangunan, tidak seperti keadaan di Kuala Lumpur yang amat padat dewasa ini. Tidak ketinggalan pemandangan rumah-rumah mewah yang tersergam indah.

Selepas mendaftar penginapan, kami berehat sebentar untuk menghilangkan rasa mengantuk sementara menunggu ketibaan abang Ah Lim datang untuk membawa kami melawat-lawat persekitaran Bandar Seri Bagawan maalumkah kami telah bangun seawal pagi dan tidak sempat melelapkan mata diatas ferry. Kami amat bertuah kerana tarikh kunjungan kami begitu hampir dengan acara sambutan Jublee Perak yang ke-25. Berbagai penorama indah menghiasai ibukota Bandar Seri Bagawan bagi acara gilang gemilang tersebut.

Sewaktu mengelilingi pusar bandar, kami ditunjukkan dengan sebuah jam yang dihias indah ditengah-tengah lalu lintas. Kami amat bangga apabila Abang Ah Lim memberitahu bahawa jam tersebut adalah hadiah dari negara kita untuk kerajaan Brunei semasa pemerintahan Perdana Menteri kita yang pertama iaitu Tengku Abdul Rahman Putra Al-haj.

Ditengah-tengah kota juga letaknya Masjid Sultan Omer Saifuddien. Masjid yang begitu indah dan bergermalapan.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

With its soaring minarets and golden dome, the Sultan Omar Ali Saifuddien Mosque (also known as Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien) is an oasis of tranquility within the bustle of downtown Bandar Seri Begawan (Bandar). Completed in 1958, it is built of Italian marble, gold mosaic and English stained glass, but with craftsmanship that reflects classical Islamic architecture has since become the most photographed tourist attraction and landmark in Brunei.

Sultan Haji Omar Ali Saifuddien is regarded as the architect of modern Brunei. It was he who steered the nation safely through the turbulent years following World War II, establishing the foundation for the nation's independence and sovereignty.

Beside this Sultan Omar Ali Mosque and anchored in a lagoon is a replica of a 16th century mahligai, or royal barge, where religious ceremonies such as Holy Quran readings were staged during the 1960s and early 1970s. Visitors may go inside the mosque but are asked to leave their shoes before entering and to exercise due consideration for those people who are praying. Woman are advised to cover their heads and dress conservatively.

Selepas itu kami dibawa keperkarangan Istana Nurul Iman. Kami begitu kagum apabila melihat Istana Nurul Iman yang melambangkan kemewahan kerajaannya. Singgahsana yang begitu indah dan menyamankan turut dihiasi dengan berbagai lampu neon. Kami dipahamkan terdapat seribu lebih bilik peraduan yang terdapat didalam istana tersebut yang turut dilengkapi segala kemudahan.

Kami dipahamkan Istana ini dibuka untuk tetamu menjelangnya perayaan Hari Raya. Ia akan dibuka selama tiga hari berturut bermula hari kedua perayaan, is dibuka bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari disambung pula dari jam 2.00 petang dan berakhir sebelum jam 4.00 petang. Kesemua pelawat berpeluang bertemu dan menjunjung kasih kepada Paduka Sultan serta kaum kerabat diraja yang lain pada masa tersebut.

Sepanjang tempoh ini juga sebanyak 35 bas dan mini bas disediakan untuk kemudahan tetamu berkunjung. Semua pelawat diwajibkan berdaftar di pintu utama sebelum dibenarkan memasuki perkarangan istana. Kaum lelaki dan perempuan perlu berbaris berasingan semasa menjunjung ziarah kepada kerabat diraja Brunei.

Selepas puas mengambil gambar dihadapan Istana Nurul Iman, kami dibawa melawat Masjid Jame Asr atau lebih terkenal dengan nama Masjid Bandar Seri Bagawan. Ketibaan kami disambut dengan seruan Azan asar ketika itu. Agak ramai jemaah masjid yang menunaikan solat fardhu ketika itu. Ruang solat wanita ditempatkan di bahagian atas masjid.
Masjid yang ini merupakan sebahagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang terbuat dari emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang asri ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tamu negara.

Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung boleh melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.
Jika anda berkunjung keBrunei tidak lengkap percutian anda sekiranya anda tidak melawat kampung air. Masih terdapat  lebih kurang 28 perkampuangan kampong air disana dengan kapasiti penduduk seramai 30,000 orang. Kampung air yang terletak dipinggir Bandar Brunei dilengkapi dengan segala kemudahan asas seperti air dan tenaga elektrik. Banyak terdapat bot-bot laju menawarkan perkhidmatan taxi air. Selain dari kemudahan asas ia turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti sekolah kebangsaan dan menegah. Ia turut dilengkapi kemudahan Klinik, balai bomba, balai polis serta pejabat kerajaan.

Agak menarik perhatian kami apabila melihat para penduduk ada yang menjalankan perniagaan kedai runcit dan restoran makan dikediaman rumah masing-masing. Mereka hidup bergotong royong dan bersepahaman.

Lambaian dari kanak-kanak dan para penduduk kepada kami menunjukkan sifat ramah tamah penghuninya. Setiap satu kawasan terdapat satu main point seperti taxi stand. Bot-bot laju sentiasa berlegar-legar mencari penumpang sepanjang waktu. Menurut abang Ah Lim, bayaran yang kekenakan hanya B$0.50 untuk setiap perjalanan sehala taxi air. Jika pelawat ingin melihat sendiri suasana didalam kediaman penduduk kampong air, para pelawat boleh singgah diRumah Penghulu untuk melihat cara hidup dan keunikannya.

Bersiar-siar di persekitaran kg air

Ditengah-tengah kawasan kampung air terdapat sebuat pulau kecil yang terbentuk seakan-akan kapal terbalik. Menurut Abang Ah Lim ia adalah Pulau Lagenda bagi rakyat Brunei. Pulau itu dikenali dengan nama Pulau Kapal Si Manis. Ia mengisahkan si Manis yang miskin lalu merantau kenegara asing untuk mengubah kehidupannya. Akhirnya ia telah berjaya dan berkahwin dengan anak orang kaya, malangnya setelah menjadi kaya si Manis lupa asal usul dan keturunannya sehingga sanggup menjadi anak yang durhaka apabila beliau malu hendak mengakui ibunya dihadapan isterinya. Kerana terlalu kecewa si ibu telah menyumpah si Manis menjadi batu. Begitulah jalan cerita yang diceritakan oleh Abang Ah Lim kepada kami, ia memperingatkan kita akan kisah Si Tanggang langenda anak durhaka bagi rakyat Malaysia.

Setelah puas meredah kampung air, kami dibawa berkunjung ke Pasar Tamu disana. Terdapat ramai peniaga yang menjual berbagai jenis makanan tradisi Brunei disana. Kebanyakannya dijual dengan harga yang amat murah dan berpatutan. Oleh kerana perut telah berbunyi menandakan perlu diisi. Kami tidak sedar kami telah membeli begitu banyak sekali. Setiap apa yang dilihat ingin dimakan dan dibeli. Tidak ketinggalan kami turut membeli Nasik Katok yang hanya berharga B$1.00. Menurut Abang Ah Lim, ia dinamakan Nasi Katok kerana kebanyaakan pembeli perlu mengetuk-ngetuk pintu rumah peniaga jika menginginkannya. Ia seolah-olah nasi bungkus di Malaysia. Setiap bungkus turut diberi lauk ayam goring dan sambal, keunikannya sambalnya pula terdapat berbagai-bagai jenis dan bolah dipilih sendiri mengikut kesukaan pembeli. Perniagaan Nasi Katok amat popular diperkampungan air. Banyak rumah yang mempamirkan papan tanda jualan Nasi Katok sewaktu kami melawat kampung air.

Selain Nasi Katok mereka turut menjual berbagai jenis ikan bakar. Kami hanya membeli seekor Ikan Salmon bakar sederhana besar, selain jarang didapati di Kuala Lumpur, harganya agak murah kerana kami hanya dikenakan B$6.00. Setiap jenis kuih kuih berharga B$1.00 begitu juga dengan air minuman semuanya berharga B$1.00. Jika ke Pasar Tamu tidak lengkap jika anda tidak membeli kuih cincin untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Rasana lebih kurang sama dengan kuih cincin yang dijual di Sabah cuma warnanya agak berbeza. Jenis-jenis kuih muihnya juga amat menarik kerana kebanyakannya dibungus didalam daun seperti pulut berintikan ikan atau daging, setiap tiga bungkus hanya berharga B$1.00.

Selain Pasar Tamu kami turut dibawa ke kedai-kedai yang terdapat di sana. Kebanyakan kedai dan gedung membeli belah agak lengang dan sepi. Agak kurang anak-anak remaja yang berpelesaran dikaki jalanan pusat beli belah mereka. Kami tertanya-tanya dimanakah anak-anak remaja mereka?. Alangkah bertuahnya jika remaja-remaja kita turut mencontohi mereka. Meurut Abang Ah Lim, tiada istilah mat rempit, bohsia atau bohjan ujud disana. Katanya kebanyakan mereka lebih suka menghabiskan masa santai bersama keluarga dirumah masing-masing.

Brunei terserlah dengan gelaran “Islamic Countrynya” ia boleh dibuktikan dengan penggunaan  tulisan-tulisan jawi disetiap papan tanda, papan kedai dan kain-kain rentang yang dipamerkan. Selain itu Stesen TVB Brunei lebih cenderung menyiarkan lintas langsung dan rakaman mengenai keagamaan. Sepanjang kami disana, kami dapati rancangan hiburan agak kurang aktif disiarkan.

Sempena sambutan Jublee Perak. Mereka turut menyiarkan lintas langsung Solat Maghrib dan Isya’ berjamaah selain bacaan Yassin dan Tahlil. Maklumat ini kami perolehi melalui saluran TVB Brunei yang sentiasa mewar-warkan majlis ini diskrin TVB.

Dengan bantuan abang Ah Lim kami dibawa melihat perkampungan Rumah Rakyat Brunei. Rumah yang diperuntukkan adalah rumah 2 tingkat. Kelayakan memohon untuk setiap penduduk adalah bagi yang masih tidak mempunyai rumah dan tanah sendiri. Dengan bayaran yang minima sebulan, mereka boleh mengubah reka bentuk rumah tersebut mengikut kemampuan masing-masing. Kami agak terpesona melihat keadaan rumah asal yang diperuntukkan dan reka bentuk baru yang telah diubah suai oleh pemiliknya.
Peruntukan Rumah Rakyat - Original

 Rumah yang telah diubah suai ~ bila la aku nak merasa rumah mcm ni

Kami juga diperlihatkan dengan bangunan-bangunan yang dibina oleh kerajaan Brunei. Agak sayang banyak bangunan yang tidak berpenghuni dan dibiarkan terbiar kosong. Mungkin kerana infrastrukturnya yang tidak seperti kita di Malaysia yang padat penduduknya terutamanya di Kuala Lumpur yang terkenal dengan kota metropolitan.

Hari terakhir kami disana, kami terlihat banner yang mempamerkan menu ”ayam penyet” dari pandangan atas tingkap bilik hotel. Keterujaan untuk mencuba menu tersebut datang dengan tiba-tiba, kami bergegas turun untuk menikmatinya tapi kami kehampaan kerana kebanyakan kedai-kedai makan disana dibuka bermula pukul 10.30 pagi sedangkan kami perlu berada diBrunei Ferry Terminal  pada jam 12.00 tengahari untuk pulang semula ke Labuan pada hari tersebut. Kami hanya mampu mencium keenakan bau masakan melalui pintu belakang kedai. Rasanya inilah kenangan ”Ayam Penyet” yang kami tidak dapat lupakan. Jika kami berpeluang untuk kesana lagi, insyaallah pasti kami akan mendapatkan ”ayam penyet” terlebih dahulu.

Jesteru nilai tukaran matawang yang agak besar berbanding nilai ringgit, kami hanya mampu membeli barangan cenderahati di kedai-kedai yang sederhanya harganya untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Selain dari Baju T-shirt dan topi untuk diberikan kepada kaum keluarga, beg hiasan, barangan kristal dan berbagai jenis cenderahati lain turut dijual disetiap kedai cenderahati. Kita hanya perlu memilih mengikut kemampuan dan kesesuaian citarasa masing-masing.


Kak Zack, Brunei

Selamat Hari Ibu

Cinta Tak Berpenghujung – CINTA IBU DAN BAPA
Entah kenapa tiba-tiba hari ini aku rindu sangat-sangat pada seseorang.. Makkkk.. tiba-tiba aku rasa nak peluk mak..... bukan selama ni aku tak rindu pada mak, hari-hari aku tak pernah lupa pada mak........ setiap saat aku sentiasa mendokan mak...... tapi hari ini lain benar rasa kerinduan aku tu.... aku rasa nak dekat sangat dengan mak, aku rasa nak cium mak, aku rasa nak baring atas riba mak, aku rasa nak peluk-peluk mak...... bila ku utarakan kerinduan aku ni pada kakak katanya aku ”buang tebiat”...... bukan dia nak bagi kata semangat, dia marah aku lagi ada..... bila kakak marah aku, aku lagi aku rindu pada emak.......MAKKK!.

Antara ramai-ramai anak emak memang aku yang paling rapat sekali dengan beliau, kakak-kakak ku selalu komplen, mereka berdua kata aku ni anak emas emak, wahal aku tengok kasih sayang emak sama rata pada kami, kadang-kadang emak lagi suka memasak menu kesukaan kakak terutamana bila kami berkumpul dirumah emak, mugkin kakak tak sedar sebab dia lebih suka memerap dalam rumah ketika berada dikampung, tidak seperti aku yang sentiasa mengekori emak kemana sahaja beliau pergi. Bagi emak tiada istilah anak emas atau anak besi.. kasih sayang emak pada kami 11 beradik sama rata, kalau ada pun mungkin kerana sebelum mendapat aku, emak melahirkan 4 orang abang-abang ku terlebih dahulu, termasuk seorang abang yang meninggal dunia semasa beliau berumur setahun lebih. Jarak usia aku dan abang bungsu juga agak jauh berbeza tidak seperti jarak kelahiran anak-anak emak yang lain, iaitu hanya 1 atau 2 tahun setiap seorang. Mungkin juga aku anak tak dijangka atau (”accident”) kerana emak agak berusia sewaktu melahirkan aku. Terima kasih emak kerana sudi mengandung dan melahirkan, seterusnya membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.

Bukan setakat emak, aku juga nak berterima kasih kepada Abang Ngah yang turut memanjakan aku sama macam emak, buktinya beliau sanggup mengambil cuti kecemasan sewaktu aku mula-mula menjejak kaki ke alam persekolahan, abang sanggup berhabisan duit semata-mata ingin melihat adiknya berjaya. Mungkin kerana abang tidak sempat bersekolah tinggi, abang hanya tamat darjah 6, akibat kesempitan hidup abang tidak meneruskan pembelajarannya demi memberi laluan kepada adik-adiknya yang lain pula. Kata abang, emak dan ayah orang susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jadi mereka tak mampu hendak menghantar kesemua anak-anaknya bersekolah serentak.

Emak tidak bekerja, ayah pula hanyalah seorang buruh kasar yang mendapat gaji harian yang sangat sedikit, hanya cukup membeli keperluan makanan dan keperluan harian hari itu sahaja bagi keluarganya yang besar. Kadang-kadang aku kasihan melihat ayah yang membanting tulang mencari rezeki, abang-abang yang lain juga tidak ketinggalan membantu mencari sesuap nasi untuk kami, memberi lorong kepada kami meneruskan pelajaran. Walaupun aku bukanlah murid yang cemerlang tapi mereka masih mengharap aku dapat mengubah nasib keluarga suatu hari nanti.

Alhamdulillah, kini aku telah dewasa, aku cuba untuk membalas jasa-jasa mereka terhadapku. Walau gajiku tidak sebanyak mana, tapi aku akan pastikan setiap bulan akan kuagih-agihkan kepada mak dan ayah. Acu, simpanlah duit ni untuk kegunaan Acu sendiri, mak bukan perlukan sangat duit, mak tahu Acu nak kena bayar duit sewa rumah, makan dan tambang untuk ketempat kerja, Acu juga perlu menabung sedikit untuk masa depan Acu” setiap kali aku memberikan emak duit, itulah leteran emak padaku. Kata emak bukan wang ringgit yang dipintanya, cukup sekadar anak-anak tidak melupakannya. Meniti hari-hari tua, emak hanya perlukan anak-anak sentiasa dekat padanya.

Kini emak, ayah dan abang telah tiada, emak telah pergi meningglkan kami buat selama-lamanya. Tahun ini gelap 11 tahun emak meninggalkan kami 11 beradik, setiap saat aku tak pernah melupakan emak, kenangan indah bersama emak tak sama indahnya walau bersama kekasih sekalipun. Masih tak ada ruang yang dapat mengantikan tempat emak yang kuat terpahat dihatiku selama-lamanya.

6 bulan selepas arwah emak pergi, abang ngah yang paling kusayangi pula mengikut jejak emak, rasa jatuh ditimpa tangga, kerana abang adalah tempat aku mencurah perasaan tentang kerinduan ku pada emak, abang yang setiap waktu kulihat mendoakan emak selepas sujudnya, abang yang diamahkan menjadi pemimpin keluarga, yang pasti, abang adalah abang yang selalu mengisi poketku jika ia kekosongan. Kini abang telah tiada, masih terngiang-ngiang suaranya yang selalu menasihati ku dulu. Walaupun abang agak tegas, maalumlah beliau bekas tentera, tetapi abang amat menyayangi kami adik-adiknya. Dari aku kecil sehingga dewasa abang sentisa melindungi aku, kadang-kadang aku rasa malu kerana aku rasa aku telah dewasa.

Selepas arwah emak dan arwah abang pergi, aku masih ada ayah tempat mencurah kasih sayang, menjelangnya aidil fitri 7 tahun kemudian, ayah pula pergi menyusul mereka ke alam yang fana... masa 7 tahun masih belum mampu menghilangakan perasaan kehilangan orang yang disayang, ayah pula meninggalkan kami semua.

Namun aku redho malah aku berterima kasih kerana emak sempat menghalalkan air susu yang kami minum, memberikan keampunan kepada kami adik beradik sebelum beliau pergi. Perginya dengan tenag dan mendapat redho dari sang suami, iaitu arwah ayah. Aku bangga kerana walau kami bukan orang senang, tapi kami kaya dengan kasih sayang. Sewaktu emak sakit, kami terpaksa menunggu giliran untuk merawat emak, Bukan setakat anak kandung, malah menantu-menantu emak berebut-rebut menanti giliran untuk menunggu emak dihospital. Alangkah bertuahnya emak kerana sentiasa dikelilingi orang-orang yang tersayang tak kira semasa susah atau senang.

Begitu juga dengan arwah ayah, perginya pertengahan Bulan Ramdhan, kami sempat menzahirkan luahan ampun maaf kepada beliau, dengan linangan air mata ayah berkata ”tiada apa yang perlu ayah maafkan, kerana anak-anak ayah tiada membuat sebarang dosa terhadap ayah, jika ada walau sekelumit, telah lama ayah maafkan” pesan ayah walau apa yang terjadi, kekalkan hubungan ukhwah antara kami,  tiada harta yang beliau ditinggalkan, melainkan mengharapkan doa-doa dari anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah, akan kupegang amanah ayah ini.

Kadang-kadang aku agak kecewa bila membaca paparan akhbar bila ada ibubapa yang terbiar tak terurus, tidak diendahkan atau dipulaukan olah anak-anak sendiri. Sebusuk mana ibubapa kita, dia tetap darah daging kita, mungkin ada kisah yang tersurat dan yang tersirat menyebabkan berlakunya fenomena seperti ini, tapi air yang dicincang tidak akan putus selamanya.

Untuk kawan-kawan yang masih mempunyai ibu dan bapa, sayangilah mereka sewaktu mereka bernyawa. Tiada mereka, kita tidak akan ujud dimuka bumi ini. Ingatlah seperkara, kita tidak akan mendapat redho Allah selagi kita tidak mendapat redho dari ibubapa kita. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian nak mohon ampun maaf bagaimana?.

KASIH MEREKA SANGAT LUAR BIASA: kasih tanpa syarat dan cinta yang tidak berpenghujung.....

Al-fatihah buat : Hajah Intan Hj Zakaria/ Haji Ashaari Bin Hj Jahari/  Haji Abdul Manaf bin Hj Ashaari

~ Cinta tak berpenghujung, Kak Zack


Thursday 28 April 2011

MEMORY IN BEIJING


Kenangan dibulan November 2005

Setelah seharian berusaha mendapatkan hotel untuk percutian di Saigon City, tiba-tiba aku rindu akan great wall. Mungkin kerana aku tak sempat mendaki hingga kepuncak tertinggi. Walaupun berjaya hingga check point yang ke2, tapi aku masih belum puas. Entah bila aku akan kesini lagi. Hampir 6 tahun telah berlalu, mungkin telah banyak perubahan.

Mendaki dengan cuaca sejuk membeku, baju tebal dan berat, membuatkan kami tercungap-cungap, belum lagi saluran pernafasan hampir tersekat.. kesian ada takut pun ada pabila melihat "mat salleh" yang jatuh pengsan dipuncak. Macama nak mengusung beliau turun kalau masih tidak sedarkan diri.. Dah dekat 6 tahun  tapi aku masih ingat wajah "mat salleh" tu.



Kalau kami yang pitam mungkin orang tak kenal.. ha ha ha masing-masing berpakaian ala 'mafia' 'mask of zoro'. Masa ni dah tak malu dan tak terpikir untuk bergaya. Susahnya nak bernafas hanya Tuhan yang tahu.. hingus dan kahak berdarah, belum lagi mulut rasa nak koyak bila bercakap. Perancangan nak melalui musim bunga bertukar menjadi mimpi ngeri kerana Beijing still end of winter. Nasib baik baju winter amat murah dikota Beijing, jika tidak ada yang mati kesejukan agaknya. Sesetengah tempat salji masih belum cair, tasik-tasik juga masih membeku.



Rasanya mungin aku akan kesini lagi, aasia pun dah ada menawarkan perjalanan ke Tianjin... apa salahnya jika sudah berkeinginan... masalahnya 'poket' yang belum mengizinkan...



Kali ini puncak great wall pasti akan kutawan. Harap-harap aku cepat bergelar jutawan agar boleh ku bawa saudara dan rakan taulan.. ameen.

TEMAN YANG SEJATI TERPAHAT DIHATI ~ TEMAN TAPI MESRA

”TEMAN YANG SEJATI TERPAHAT DIHATI ~ TEMAN TAPI MESRA


Setiap tahun datang silih berganti, 2011 menjelma sudah, kini aku dan kawan-kawan dengan bangganya memegang ”kunchi Merdz 4 series”. Sememangnya diusia Merdz 4s ni kita akan melalui frasa perubahan dalam hidup, perubahan esmosi dan perubahan dalam berkasih sayang. Kata orang cinta kita pada seseorang semakim mendalam bila kita mencecah usia MIDI, terutamanya cinta pada seorang yang bergelar teman sejati.

Hari ini emosiku terganggu lagi, ISNIN yang sepatutnya ”senyum seindah suria” dah tak bermakna, ha ha ha kenapalah aku boleh tercuci memory card dan pendrive didalam washing machine malam tadi!. Hari ISNIN juga aku selalu jadi pelupa untuk membawa ”key dan eccess card” tetapi hari ISNIN juga, kebiasaanya aku banyak idea yang nak dikongsi cerita. Kadang-kadang aku boleh tersenyum sendirian dengan idea-idea aku. Jangan tak tahu hari ISNIN juga aku boleh berkerja macam orang gila... sampai masa, rasa nak terjun bangunan pun ada!

Hari ini aku mula menulis lagi, walaupun semua file telah terpadam didalam ”washing machine” tapi memory aku dekat teman-teman masih berfungsi macam biasa. Aku nak berkongi rasa bersama kawan-kawan diluar sana terutamanya kawan yang ku gelar “teman tapi mesra” atau ”teman sehati sejiwa”, aku nak mendidikasikan perasaan aku pada korang semua. Sungguh aku tak duga, aku masih mempunyai teman setia walau telah lama tidak bersua. Kiriman gambar lama dari seorang teman telah menyedarkan aku, aku masih punya ”korang”. Teman yang boleh berkongi rasa suka dan duka, teman yang boleh membongkar rahsia lipatan lama.

Kisah yang saya ingin kongi bersama pembaca ialah pengalaman zaman remaja era 80-an. Kami bersekolah disebuah sekolah kampung yang berhampiran dengan pekan yang dahulunya hanya sebuah pekan kecil (Pekan Sungai Besar). Penghujung era 80-an, masih belum banyak kemudahan moden, kami masih tidak didedahkan dengan kamudahan IT dan gadget-gadget yang moden, Jangankan computer, nak pegang mesen taip pun susah, apatah lagi handphone seperti pelajar-pelajar masa kini, rata-rata telah ada telephone bimbit sendiri. Jika diikutkan, dahulu kami bukanlah pelajar yang tersenarai dari pelajar yang paling cemerlang apatah lagi menjadi pelajar ”favorite”. Tapi alhamdulillah kami berjaya melanjutkan pelajaran dan berkerjaya dalam bidang masing-masing. Ramai diantara kami yang telah memegang segulung ijazah.

Dahulu kami kesekolah hanya menggunakan basikal atau bas awam atau lebih popular dengan panggilan ”bas turun naik”. Oleh kerana hendak menjimatkan masa dan tenaga, kami lebih suka ”melepak” di kawasan sekolah sambil mengulangkaji pelajaran. Duduk berjam-jam ditepi padang sekolah sementara menanti cuaca redup menjelma, maalumlah zaman dulu mana ada facial muka, berjeragat dan berkilat muka masing-masing dijelajah oleh suria matahari. Sementara menunggu redup petang, kami menyembang, sambil buat kerja sekolah yang diberikan guru, itu sebab tiada istilah kerja sekolah tak siap dalam kamus hidup kami. Wang poket yang diberi oleh ibubapa hanya cukup-cukup makan waktu rehat persekolahan dikantin, paling extra pun boleh beli ”Aiskrim Malaysia” jadi kami tiada mood nak merayau tak tentu hala dipekan berhampiran untuk berpeleseran. Tidak seperti anak-anak remaja masa kini yang jadualnya dipenuhi FaceBook, Cyber Cafe dan tengok movie apatah lagi dah ada 3Ds, kesekolah pun ada sesetengahnya punya driver peribadi. Faktor ini menyebabkan anak-anak tidak boleh berdikari sendiri, ditambah pula wang poket melebihi keperluan diri. Bak kata Nabil ”Lu Pikirlah sendiri”.

Kami dahulu tidak terlalu dikongkong atau terlalu dipantau oleh ibu bapa, mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru dalam mendidik. Tiada istilah serang guru atau guna media untuk melepaskan kemarahan. Paling-paling kami akan dirotan kembali jika mengadu ada guru merotan kami, dari elok kena satu ”das”, menjadi ”berdas-das” hadiah dari ayah pula. Kami dahulu memang takut nak melanggar disiplin sekolah apatah lagi melawan guru-guru, jelingan mata guru dah cukup untuk mendisiplinkan kami. Motto kami ”Guru Bukan Ditakuti, tetapi Guru Perlu Dihormati”.

Kenangan yang paling tak dapat dilupakan ialah, semalam kami bergurau senda bersama teman-teman seperjuangan, riuh randah bercerita sambil ketawa, bertolak-tolak sambil makan bersama, namum keesokan harinya salah seorang sahabat kami telah menyahut panggilan Ilahi, beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya, kepada beliau kami panjatkan doa agar roh beliau tergolong kedalam golongan orang-orang yang beriman dan Surga Jannah tempatnya. Begitu juga kami panjatkan doa buat semua guru-guru dan rakan-rakan yang telah tiada.

Kepada teman-teman yang jauh diperantauan, asal usul jangan dilupakan. Doa kami sentiasa mengiringi anda setiap masa. Untuk teman-teman yang masih disini, moga ukhwah kita terus terjalin hingga kepenghujung usia. Sesekali menjengah kedai mapley bersama apa salahnya.


Love you all.
Zack Ashaari – SSB 87/88





Monday 25 April 2011

KALI PERTAMA

Entah kenapa malam ini aku begitu teringin untuk berblogsport macam orang lain.
Mungkin kerana dah jemu FBing atau mungin aku tak tahu nak buat apa dah.
Mungkin kerana hari ini article aku kena potong berjela2 dari editor.. maklumlah aku bukan 'writer yang bertauliah'... nak tahu apa aku tulis, sila baca sampai habis ya

Assalamualaikum wbk.

Waktu berlari dengan pantas, detik jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus berputar tanpa henti, kadang kadang kita tak sedar pun yang umur kita berganjak setiap tahun. Pejam! Celik! Pejam! Celik! Semalam aku dengan rasminya menjadi ahli seumur hidup group warga midi, samada aku nak sambut atau tolak, aku tahu, aku dah tak ada pilihan lain, kena terima kenyataan walau hati mengatakan ”TIDAAAKKKK!”.

~ To ALL who sent me your birthday wishes via sms, mail, email, fb & ecard ~
You are so sweet to remember my big day!
I was trying to forget it but when your wish arrived,
I was actually glad it really was my birthday.
My birthday wouldn't have been the same without all of you.
I am not a millionaire but I am so LUCKY to have you as wonderful friends
You always so much fun! I am so blesses to have you all
Without you my dearest friends, I cannot comprehend
All of you always been there for me (laugh & cry), may our friendship and love never end.
May God continue to bless us life and give us the desires of our heart.
~ my love to you all ~

Sesetengah perempuan takut bila usia mencecah 40-an, sama takutnya bila nak menempuh prasa menopaus. Walaupun kita tahu ia bukan satu penyakit, tapi menopaus juga merupakan satu frasa dalam kehidupan wanita yang mesti dihadapi bila sampai saatnya pada masa akan datang, sama ada kita mahu atau tidak menerimanya, ia tetap akan menghampiri kita. Oleh kerana kita terlalu banyak mendengar perkara-perkara yang negatif tentang kehidupan wanita selepas menopaus sama seperti kehidupan wanita selepas usia 40-an menyebabkan kita menjadi takut untuk menempuhnya, kadang-kadang boleh ‘masuk wad’ kerana terlalu stress. Prinsip aku sangat mudah, yang bertambah hanyalah angka usia, selainnya, aku masih seperti biasa tiada perubahan. Aku tak putus-putus berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan di kurniakan kesihatan yang cemerlang serta dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang.

Kadang-kadang aku jadi fobia bila kawan-kawan selalu berfalsafah tentang usia 40-an, Ada yang kata usia permulaan, ikut kata orang putih ”life begins at 40”, ada yang kata usia ”kenikmatan hidup”, bahkan ada yang berkata ”tarikh luput kehidupan”, namun tak kurang juga ada yang kata usia 40-an usia mula jadi ”orang tua”. Bagi kaum lelaki, mereka selalu berfikir dan merasakan bahawa usia 40-an ialah usiadetik untuk berpesta” ~ ”life begins at 40”.

Kebetulan, semalam sewaktu didalam lift untuk kepejabat, kawanku terdengar perbualan 2 kumbang metropolitan ~ kata sang kumbang wanita usia midi  semakin tua, semakin berisi dan cantik, macam pokok getah yang tengah hangat dipasaran.. tidak seperti bunga mekar yang mahal,  nak ”maintain” nak jaga punyalah payah, penat ”maintain” senang-senang disambar atau dipetik orang lain, oleh itu kumbang yang semakin lemah nak terbang, kenalah ”maintain” untuk tingkatkan harga pasaran, agar bunga mekar terus bertahan didalam jambangan”..


nak tahu kisah selanjutnya.. tunggulah article aku ni keluar kat majalah ya..