BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 6 May 2011

Semalam di Brunei

Impian Ingin mengunjungi Negara Brunei yang selalu digambarkan oleh teman-teman sebagai Negara Islam yang kaya dan aman makmur akhirnya termakbul apabila kenalan mengajak saya menemani beliau menziarah seorang sahabat yang bertugas Labuan baru-baru ini. Oleh kerana jarak antara Labuan dan Brunei yang tidak seberapa jauh, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat Negara Berunei sempena kunjungan kami kesana. Dengan bantuan beliau kami bertolak ke Brunei menggunakan perkhidmatan Ferry Muhibbah. Kami dikenakan RM35.00 untuk seorang untuk perjalanan sehala dari Labuan ke Brunei. Perjalanan ini mengambil masa selama lebih kurang 1 jam jika keadaan laut baik dan tidak bergelora. Kami tidah dibenarkan untuk mengambil tiket perjalanan dua hala, sebaliknya kami dikehendaki membeli tiket pulang diBrunei Ferry Terminal dengan menggunakan B$17.00.

 Ensemnya Sultan Brunei 

Keadaan ferry terminal yang tidak sesak dan pemandangan yang indah, kami sempat bersiar-siar dipersekitaran terminal dan mengambil gambar kenangan sementara menunggu waktu perjalanan. Krew-krew dan pekerja ferry yang amat peramah dan perihatin membuatkan perjalanan kami amat selesa dan terasa masa berlalu dengan pantas sehingga kami tidak sempat melelapkan mata sewaktu diatas ferry.

Kami tiba diBrunei Ferry Terminal lebih kurang pukul 10.00 pagi. Kami disambut oleh kakitangan Ferry Brunei dengan senyuman yang tidak lekang dibibir mereka. Salah seorang abang kenalan kami yang menetap diBrunei telah sedia menunggu diruang legar ketibaan untuk menghantar kami kehotel penginapan. Kami amat bersyukur kerana beliau sudi menawarkan perkhidmatan pengangkutan sepanjang lawatan kami disana memandangkan kemudahan perkhidmatan taxi awam amat terhad. Walaupun beliau berbangsa cina, tapi beliau amat baik hati dan peramah.

Kami  menginap di Palm Garden Hotel Brunei yang terletak lebih kurang ½ jam perjalanan dari Brunei Jetty Terminal. Hotel ini disarankan oleh Cik Lilian sahabat kami, segala urusan penempahan dilakukan oleh beliau. Alhamdulillah harganya juga amat berpatutan dan terdapat banyak kemudahan disana. Sepanjang perjalanan ke Palm Garden, kami disajikan dengan pemandangan yang indah-indah dan mengujakan, masih terdapat banyak tanah-tanah kosong menanti untuk pembangunan, tidak seperti keadaan di Kuala Lumpur yang amat padat dewasa ini. Tidak ketinggalan pemandangan rumah-rumah mewah yang tersergam indah.

Selepas mendaftar penginapan, kami berehat sebentar untuk menghilangkan rasa mengantuk sementara menunggu ketibaan abang Ah Lim datang untuk membawa kami melawat-lawat persekitaran Bandar Seri Bagawan maalumkah kami telah bangun seawal pagi dan tidak sempat melelapkan mata diatas ferry. Kami amat bertuah kerana tarikh kunjungan kami begitu hampir dengan acara sambutan Jublee Perak yang ke-25. Berbagai penorama indah menghiasai ibukota Bandar Seri Bagawan bagi acara gilang gemilang tersebut.

Sewaktu mengelilingi pusar bandar, kami ditunjukkan dengan sebuah jam yang dihias indah ditengah-tengah lalu lintas. Kami amat bangga apabila Abang Ah Lim memberitahu bahawa jam tersebut adalah hadiah dari negara kita untuk kerajaan Brunei semasa pemerintahan Perdana Menteri kita yang pertama iaitu Tengku Abdul Rahman Putra Al-haj.

Ditengah-tengah kota juga letaknya Masjid Sultan Omer Saifuddien. Masjid yang begitu indah dan bergermalapan.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

With its soaring minarets and golden dome, the Sultan Omar Ali Saifuddien Mosque (also known as Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien) is an oasis of tranquility within the bustle of downtown Bandar Seri Begawan (Bandar). Completed in 1958, it is built of Italian marble, gold mosaic and English stained glass, but with craftsmanship that reflects classical Islamic architecture has since become the most photographed tourist attraction and landmark in Brunei.

Sultan Haji Omar Ali Saifuddien is regarded as the architect of modern Brunei. It was he who steered the nation safely through the turbulent years following World War II, establishing the foundation for the nation's independence and sovereignty.

Beside this Sultan Omar Ali Mosque and anchored in a lagoon is a replica of a 16th century mahligai, or royal barge, where religious ceremonies such as Holy Quran readings were staged during the 1960s and early 1970s. Visitors may go inside the mosque but are asked to leave their shoes before entering and to exercise due consideration for those people who are praying. Woman are advised to cover their heads and dress conservatively.

Selepas itu kami dibawa keperkarangan Istana Nurul Iman. Kami begitu kagum apabila melihat Istana Nurul Iman yang melambangkan kemewahan kerajaannya. Singgahsana yang begitu indah dan menyamankan turut dihiasi dengan berbagai lampu neon. Kami dipahamkan terdapat seribu lebih bilik peraduan yang terdapat didalam istana tersebut yang turut dilengkapi segala kemudahan.

Kami dipahamkan Istana ini dibuka untuk tetamu menjelangnya perayaan Hari Raya. Ia akan dibuka selama tiga hari berturut bermula hari kedua perayaan, is dibuka bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari disambung pula dari jam 2.00 petang dan berakhir sebelum jam 4.00 petang. Kesemua pelawat berpeluang bertemu dan menjunjung kasih kepada Paduka Sultan serta kaum kerabat diraja yang lain pada masa tersebut.

Sepanjang tempoh ini juga sebanyak 35 bas dan mini bas disediakan untuk kemudahan tetamu berkunjung. Semua pelawat diwajibkan berdaftar di pintu utama sebelum dibenarkan memasuki perkarangan istana. Kaum lelaki dan perempuan perlu berbaris berasingan semasa menjunjung ziarah kepada kerabat diraja Brunei.

Selepas puas mengambil gambar dihadapan Istana Nurul Iman, kami dibawa melawat Masjid Jame Asr atau lebih terkenal dengan nama Masjid Bandar Seri Bagawan. Ketibaan kami disambut dengan seruan Azan asar ketika itu. Agak ramai jemaah masjid yang menunaikan solat fardhu ketika itu. Ruang solat wanita ditempatkan di bahagian atas masjid.
Masjid yang ini merupakan sebahagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang terbuat dari emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang asri ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tamu negara.

Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung boleh melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.
Jika anda berkunjung keBrunei tidak lengkap percutian anda sekiranya anda tidak melawat kampung air. Masih terdapat  lebih kurang 28 perkampuangan kampong air disana dengan kapasiti penduduk seramai 30,000 orang. Kampung air yang terletak dipinggir Bandar Brunei dilengkapi dengan segala kemudahan asas seperti air dan tenaga elektrik. Banyak terdapat bot-bot laju menawarkan perkhidmatan taxi air. Selain dari kemudahan asas ia turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti sekolah kebangsaan dan menegah. Ia turut dilengkapi kemudahan Klinik, balai bomba, balai polis serta pejabat kerajaan.

Agak menarik perhatian kami apabila melihat para penduduk ada yang menjalankan perniagaan kedai runcit dan restoran makan dikediaman rumah masing-masing. Mereka hidup bergotong royong dan bersepahaman.

Lambaian dari kanak-kanak dan para penduduk kepada kami menunjukkan sifat ramah tamah penghuninya. Setiap satu kawasan terdapat satu main point seperti taxi stand. Bot-bot laju sentiasa berlegar-legar mencari penumpang sepanjang waktu. Menurut abang Ah Lim, bayaran yang kekenakan hanya B$0.50 untuk setiap perjalanan sehala taxi air. Jika pelawat ingin melihat sendiri suasana didalam kediaman penduduk kampong air, para pelawat boleh singgah diRumah Penghulu untuk melihat cara hidup dan keunikannya.

Bersiar-siar di persekitaran kg air

Ditengah-tengah kawasan kampung air terdapat sebuat pulau kecil yang terbentuk seakan-akan kapal terbalik. Menurut Abang Ah Lim ia adalah Pulau Lagenda bagi rakyat Brunei. Pulau itu dikenali dengan nama Pulau Kapal Si Manis. Ia mengisahkan si Manis yang miskin lalu merantau kenegara asing untuk mengubah kehidupannya. Akhirnya ia telah berjaya dan berkahwin dengan anak orang kaya, malangnya setelah menjadi kaya si Manis lupa asal usul dan keturunannya sehingga sanggup menjadi anak yang durhaka apabila beliau malu hendak mengakui ibunya dihadapan isterinya. Kerana terlalu kecewa si ibu telah menyumpah si Manis menjadi batu. Begitulah jalan cerita yang diceritakan oleh Abang Ah Lim kepada kami, ia memperingatkan kita akan kisah Si Tanggang langenda anak durhaka bagi rakyat Malaysia.

Setelah puas meredah kampung air, kami dibawa berkunjung ke Pasar Tamu disana. Terdapat ramai peniaga yang menjual berbagai jenis makanan tradisi Brunei disana. Kebanyakannya dijual dengan harga yang amat murah dan berpatutan. Oleh kerana perut telah berbunyi menandakan perlu diisi. Kami tidak sedar kami telah membeli begitu banyak sekali. Setiap apa yang dilihat ingin dimakan dan dibeli. Tidak ketinggalan kami turut membeli Nasik Katok yang hanya berharga B$1.00. Menurut Abang Ah Lim, ia dinamakan Nasi Katok kerana kebanyaakan pembeli perlu mengetuk-ngetuk pintu rumah peniaga jika menginginkannya. Ia seolah-olah nasi bungkus di Malaysia. Setiap bungkus turut diberi lauk ayam goring dan sambal, keunikannya sambalnya pula terdapat berbagai-bagai jenis dan bolah dipilih sendiri mengikut kesukaan pembeli. Perniagaan Nasi Katok amat popular diperkampungan air. Banyak rumah yang mempamirkan papan tanda jualan Nasi Katok sewaktu kami melawat kampung air.

Selain Nasi Katok mereka turut menjual berbagai jenis ikan bakar. Kami hanya membeli seekor Ikan Salmon bakar sederhana besar, selain jarang didapati di Kuala Lumpur, harganya agak murah kerana kami hanya dikenakan B$6.00. Setiap jenis kuih kuih berharga B$1.00 begitu juga dengan air minuman semuanya berharga B$1.00. Jika ke Pasar Tamu tidak lengkap jika anda tidak membeli kuih cincin untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Rasana lebih kurang sama dengan kuih cincin yang dijual di Sabah cuma warnanya agak berbeza. Jenis-jenis kuih muihnya juga amat menarik kerana kebanyakannya dibungus didalam daun seperti pulut berintikan ikan atau daging, setiap tiga bungkus hanya berharga B$1.00.

Selain Pasar Tamu kami turut dibawa ke kedai-kedai yang terdapat di sana. Kebanyakan kedai dan gedung membeli belah agak lengang dan sepi. Agak kurang anak-anak remaja yang berpelesaran dikaki jalanan pusat beli belah mereka. Kami tertanya-tanya dimanakah anak-anak remaja mereka?. Alangkah bertuahnya jika remaja-remaja kita turut mencontohi mereka. Meurut Abang Ah Lim, tiada istilah mat rempit, bohsia atau bohjan ujud disana. Katanya kebanyakan mereka lebih suka menghabiskan masa santai bersama keluarga dirumah masing-masing.

Brunei terserlah dengan gelaran “Islamic Countrynya” ia boleh dibuktikan dengan penggunaan  tulisan-tulisan jawi disetiap papan tanda, papan kedai dan kain-kain rentang yang dipamerkan. Selain itu Stesen TVB Brunei lebih cenderung menyiarkan lintas langsung dan rakaman mengenai keagamaan. Sepanjang kami disana, kami dapati rancangan hiburan agak kurang aktif disiarkan.

Sempena sambutan Jublee Perak. Mereka turut menyiarkan lintas langsung Solat Maghrib dan Isya’ berjamaah selain bacaan Yassin dan Tahlil. Maklumat ini kami perolehi melalui saluran TVB Brunei yang sentiasa mewar-warkan majlis ini diskrin TVB.

Dengan bantuan abang Ah Lim kami dibawa melihat perkampungan Rumah Rakyat Brunei. Rumah yang diperuntukkan adalah rumah 2 tingkat. Kelayakan memohon untuk setiap penduduk adalah bagi yang masih tidak mempunyai rumah dan tanah sendiri. Dengan bayaran yang minima sebulan, mereka boleh mengubah reka bentuk rumah tersebut mengikut kemampuan masing-masing. Kami agak terpesona melihat keadaan rumah asal yang diperuntukkan dan reka bentuk baru yang telah diubah suai oleh pemiliknya.
Peruntukan Rumah Rakyat - Original

 Rumah yang telah diubah suai ~ bila la aku nak merasa rumah mcm ni

Kami juga diperlihatkan dengan bangunan-bangunan yang dibina oleh kerajaan Brunei. Agak sayang banyak bangunan yang tidak berpenghuni dan dibiarkan terbiar kosong. Mungkin kerana infrastrukturnya yang tidak seperti kita di Malaysia yang padat penduduknya terutamanya di Kuala Lumpur yang terkenal dengan kota metropolitan.

Hari terakhir kami disana, kami terlihat banner yang mempamerkan menu ”ayam penyet” dari pandangan atas tingkap bilik hotel. Keterujaan untuk mencuba menu tersebut datang dengan tiba-tiba, kami bergegas turun untuk menikmatinya tapi kami kehampaan kerana kebanyakan kedai-kedai makan disana dibuka bermula pukul 10.30 pagi sedangkan kami perlu berada diBrunei Ferry Terminal  pada jam 12.00 tengahari untuk pulang semula ke Labuan pada hari tersebut. Kami hanya mampu mencium keenakan bau masakan melalui pintu belakang kedai. Rasanya inilah kenangan ”Ayam Penyet” yang kami tidak dapat lupakan. Jika kami berpeluang untuk kesana lagi, insyaallah pasti kami akan mendapatkan ”ayam penyet” terlebih dahulu.

Jesteru nilai tukaran matawang yang agak besar berbanding nilai ringgit, kami hanya mampu membeli barangan cenderahati di kedai-kedai yang sederhanya harganya untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Selain dari Baju T-shirt dan topi untuk diberikan kepada kaum keluarga, beg hiasan, barangan kristal dan berbagai jenis cenderahati lain turut dijual disetiap kedai cenderahati. Kita hanya perlu memilih mengikut kemampuan dan kesesuaian citarasa masing-masing.


Kak Zack, Brunei

0 comments: